BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Welcome to My Website

kemestiannya....
aku ikuti kehendaknya...
ku jadi pak turut, menurut kata hati....

menurut langkah-langkah gemalai...
persis tawanan perang....
tak berdaya nak menahan....



Pages

Oct 15, 2011

Wanita SPDP teguh di belakang kepimpinan parti

MESYUARAT EXCO: Chiew (duduk tengah) bersama ahli exco  Pergerakan Wanita SPDP merakamkan kenangan selepas mengadakan mesyuarat, semalam.
 SIBU: Pergerakan Wanita Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mempunyai pendirian untuk terus berdiri teguh di belakang kepimpinan dan memberi sokongan padu kepada parti.

Ketua Wanitanya, Chiew Yen Chew berkata, mereka mengambil pendirian tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya memberi fokus dan keutamaan untuk memenangi semua kerusi Parlimen yang dimenangi parti pada pilihan raya Parlimen lepas.

“Pergerakan Wanita percaya yang kita harus berdiri teguh di belakang kepimpinan parti serta menyokong penuh parti serta setiap perancangan yang telah dibuat kini dan untuk masa akan datang.
“Kita tidak memihak mana-mana pihak kerana kita mahukan kestabilan dan perpaduan. Ini kerana perpaduan adalah kekuatan kepada parti,” ujarnya pada satu sidang media selepas mesyuarat exco Pergerakan Wanita SPDP, petang semalam.

Chiew terdahulu berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian Pergerakan Wanita SPDP berhubung isu Kumpulan 5 SPDP, termasuk berhubung pendirian 10 bahagian SPDP di Zon Tengah yang mahu Kumpulan 5 terbabit disingkirkan dari parti.

Menurut Chiew lagi, Pergerakan Wanita sedar akan situasi yang berlaku dalam parti dan percaya kepimpinan parti mempunyai jalan terbaik untuk menangani dan menyelesaikan konflik yang berlaku dalam parti.

“Kita juga percaya yang kita semua masih lagi satu keluarga dan bersama-sama dalam parti. Apa juga yang berlaku, kita percaya ia dapat diselesaikan dengan jalan yang baik.

“Buat masa ini, fokus dan keutamaan kita adalah untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya Parlimen yang lepas,” katanya sambil menambah, Pergerakan Wanita juga akan terus menjalankan pelbagai program bagi parti.

Ditanya berhubung peluang SPDP memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya akan datang, Chiew berkata, peluang tersebut amat baik dan Wanita harus yakin untuk membantu memenangi kerusi terbabit sebagaimana yang dilakukan pada pilihan raya lepas.

Menyentuh mengenai strategi pihak pembangkang yang kini mula mengembangkan sayap ke luar bandar, Chiew memberitahu secara jujur, beliau tidak tahu bagaimana pihak pembangkang dapat bergerak lebih jauh di kawasan luar bandar.

“SPDP merupakan sebuah parti luar bandar. Kita percaya semua calon dan wakil rakyat (YB) kita telah bekerja keras. Oleh itu, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, fokus dan keutamaan kita bukan mengenai perbalahan, tetapi untuk bekerja keras bagi membantu YB memenangi semua kerusi Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya lepas.

“Cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Apa yang berlaku dalam parti tidak akan menjejaskan pendirian kita. Pergerakan Wanita adalah salah satu sayap parti dan kita akan bekerja keras untuk parti,” tambah beliau.


credit to Borneo Post-Berita Tempatan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...