BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Welcome to My Website

kemestiannya....
aku ikuti kehendaknya...
ku jadi pak turut, menurut kata hati....

menurut langkah-langkah gemalai...
persis tawanan perang....
tak berdaya nak menahan....



Pages

May 5, 2016

90 peratus guru anak Sarawak dalam 3 tahun lagi

90 peratus guru anak Sarawak dalam 3 tahun lagi - PM http://www.bharian.com.my/node/150447

Apr 15, 2016

Arab Saudi sahkan derma kepada Najib

Arab Saudi sahkan derma kepada Najib http://www.bharian.com.my/node/143977

Feb 17, 2016

Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN

Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN bermula http://www.bharian.com.my/node/124916

Feb 16, 2016

Wanita PBB sudah bersedia bantu 'gempur' pembangkang

Wanita PBB sudah bersedia bantu ‘gempur’ pembangkang http://www.utusanborneo.com.my/content/wanita-pbb-sudah-bersedia-bantu-gempur-pembangkang

Dec 10, 2013

Gaji permulaan tinggi untuk penjawat awam kelulusan PhD dan Sarjana

Gaji permulaan tinggi untuk penjawat awam kelulusan PhD dan Sarjana - Najib 
2013/12/09 - 15:29:22 PM 

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

 Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

 "Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

 Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

 Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

 "Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat. "Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.

 Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...