KUALA LUMPUR: Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita GERAKAN sempena persidangan perwakilan kebangsaan (NDC) ke-40 parti itu, memulakan persidangan masing-masing secara serentak di Menara PGRM di sini, semalam.
Perwakilan Wanita memulakan persidangan di Dewan Cempaka pada jam 10 pagi manakala Pemuda di Dewan Pulau Pinang.
Persidangan sayap Wanita dirasmikan Timbalan Presiden GERAKAN Datuk Chang Ko Youn manakala sayap Pemuda oleh Naib Presiden GERAKAN Datuk Mah Siew Keong.
Ahli Seumur Hidup Gerakan turut bersidang semalam namun bermula lebih awal iaitu kira-kira jam 8.45 pagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan persidangan badan induk parti itu, hari ini.
credit to Bernama
0 comments:
Post a Comment