BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Welcome to My Website

kemestiannya....
aku ikuti kehendaknya...
ku jadi pak turut, menurut kata hati....

menurut langkah-langkah gemalai...
persis tawanan perang....
tak berdaya nak menahan....



Pages

Aug 11, 2011

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2011

 PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2011 (PP082011)
 

TUJUAN

1.   Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi tahun 2011.

LATAR BELAKANG

2.   Kerajaan  telah  membuat  keputusan  supaya  Imbuhan  Tahunan  dan  Bayaran Khas   Prestasi   bagi   tahun   2011   dibayar   kepada   pegawai   Perkhidmatan   Awam Persekutuan  bagi  menghargai  sumbangan  dan  dedikasi  mereka  dalam  menjayakan pelaksanaan  program  pembangunan  negara.  Ini  juga  sebagai  satu  langkah  untuk meringankan   beban   mereka   dalam   menghadapi   kos   sara   hidup   yang   semakin meningkat. Imbuhan Tahunan dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan
dan Profesional serta Kumpulan Sokongan  manakala Bayaran Khas Prestasi dibayar
kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Kadar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi yang ditetapkan adalah sebanyak setengah (½) bulan gaji atau minimum RM500.00.

PELAKSANAAN

3.   Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan  Awam  Persekutuan  yang  masih  berkhidmat  pada  8  Ogos  2011, tertakluk  kepada  syarat  bahawa  pegawai  telah  berkhidmat  genap  satu  (1)  bulan perkhidmatan dalam tempoh 1 Januari hingga 8 Ogos 2011.

Pegawai Yang Layak

4.   Pegawai  yang  layak  dibayar  Imbuhan  Tahunan  dan  Bayaran  Khas  Prestasi adalah seperti berikut:

a.   pegawai tetap, sementara, Pekerja Sambilan Harian, contract of service, contract for service dan guru sandaran;

b.   pegawai yang bercuti separuh gaji;

c.   pemandu  yang  dilantik  oleh  pegawai  Jawatan  Utama  ‘B’  dan  ke  atas serta  Gred  Khas  ‘A’  dan  ke  atas  yang  layak  pemandu  tetapi  tidak disediakan pemandu oleh jabatannya;

d.   pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Yang Arif Hakim  dan  Pesuruhjaya  Kehakiman  berdasarkan  Akta  Ahli  Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971; dan

e.   pegawai contract of service yang putus perkhidmatannya selama satu (1)hari sebelum disambung semula kontrak perkhidmatannya.

Pegawai Yang Tidak Layak

5.   Pegawai  yang  tidak  layak  dibayar  Imbuhan  Tahunan  dan  Bayaran  Khas

Prestasi adalah seperti berikut:

a.   pegawai  yang  bercuti  tanpa  gaji  sepanjang  tempoh  1  Januari  hingga 7 Ogos 2011;

b.   pegawai   yang   berkhidmat   di   agensi   yang   diasingkan   pengurusan saraannya sepanjang tempoh 1 Januari hingga 7 Ogos 2011;

c.   pegawai yang dipinjamkan ke badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tempoh 1 Januari hingga 7 Ogos 2011;

d.   pegawai  yang  dikenakan  hukuman  tatatertib  selain  daripada  hukuman amaran sepanjang tempoh 1 Januari hingga 7 Ogos 2011;

e.   pegawai  yang  ditamatkan  perkhidmatan  demi  kepentingan  awam  atau demi kepentingan perkhidmatan awam dalam tempoh 1 Januari hingga7 Ogos 2011; dan

f.   pegawai yang tidak lagi berkhidmat sebelum/ pada 8 Ogos 2011.

Pegawai Yang Ditangguhkan Pemberian Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi

6.   Pegawai  yang  ditahan  kerja,  digantung  kerja  atau  surat  pertuduhan  telah dikeluarkan   oleh   Pihak   Berkuasa   Tatatertib,   ditangguhkan   pemberian   Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi. Pegawai hanya layak dibayar Imbuhan Tahunan dan  Bayaran  Khas  Prestasi  sekiranya  Pihak  Berkuasa  Tatatertib  mendapati  pegawai tersebut tidak bersalah atau pegawai hanya dikenakan hukuman amaran.

SYARAT PEMBAYARAN

7.   Imbuhan  Tahunan  dan  Bayaran  Khas  Prestasi  dibayar  kepada  pegawai  yang masih  berkhidmat  pada  8  Ogos  2011.  Perkiraan  Imbuhan  Tahunan  dan  Bayaran
Khas Prestasi adalah  tertakluk  kepada genap satu  (1)  bulan  perkhidmatan yang bermaksud genap satu (1) bulan kalendar iaitu Januari hingga Julai 2011.

8.   Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi dibayar berdasarkan gaji bulan
ulai 2011 atau gaji akhir yang diterima dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Julai 2011.  Imbuhan  Tahunan  dan  Bayaran  Khas  Prestasi  akan  dibayar  pada  pertengahan bulan Ogos 2011.

9.   Bagi  tujuan  pengiraan  kadar  kelayakan  Imbuhan  Tahunan  dan  Bayaran  Khas

Prestasi, “gaji” adalah bermaksud seperti berikut:

a.   gaji  hakiki  dan  Elaun  Pemangkuan  bagi  pegawai  yang  memangku sesuatu jawatan;

b.   gaji yang diberi atas sebab peminjaman/ pertukaran sementara;

c.   separuh daripada gaji hakiki bagi pegawai bercuti separuh gaji; dan

d.   Elaun Bulanan bagi guru sandaran.

KAEDAH PENGIRAAN

10.   Imbuhan   Tahunan   dan   Bayaran   Khas   Prestasi   adalah   dibayar   secara proportionate  bagi  setiap  genap  satu  (1)  bulan  perkhidmatan  berdasarkan  bulan kalendar iaitu Januari hingga Julai 2011, tertakluk kepada kadar minimum sebanyak RM500.00. Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran A.

11.   Pegawai  yang  dinaikkan  pangkat/  dilantik  secara  Kenaikan  Pangkat  Secara Lantikan  (KPSL)/  dipinjamkan/  ditukar  sementara  atau  bertukar  skim  perkhidmatan dalam  tempoh  1  Januari  hingga  7  Ogos  2011,  perkiraan  Imbuhan  Tahunan  dan Bayaran  Khas  Prestasi  hendaklah  berdasarkan  gaji  bulan  Julai  2011  atau  gaji  akhir
yang diterima dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Julai 2011.

12.   Pekerja  Sambilan  Harian  yang  kontraknya  telah  berkuat  kuasa  sekurang- kurangnya genap satu  (1) bulan pada 8 Ogos  2011 layak dibayar Imbuhan Tahunan sebanyak RM500.00.

13.   Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik semula secara contract
f service atau contract for service dan masih berkhidmat pada 8 Ogos 2011 layak dibayar Imbuhan  Tahunan dan  Bayaran Khas  Prestasi  berdasarkan  gaji bulan  Julai
2011  atau  gaji  akhir  yang  diterima  dalam  tempoh  1  Januari  hingga  31  Julai
2011.  Jabatan  hendaklah  membuat  potongan  sebanyak  RM500.00  daripada  jumlah Imbuhan  Tahunan  atau  Bayaran  Khas  Prestasi  yang  dibayar  kepada  pesara  yang berkhidmat secara contract of service atau contract for service sebagai penyelarasan semula  (journalise)  jumlah  Bayaran  Khas  Pesara  yang  telah  dibayar  oleh  Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

14.   Imbuhan  Tahunan  dan  Bayaran  Khas  Prestasi  ini  tidak  boleh  diselaraskan jika  berlaku  pelarasan  gaji  selepas  tarikh  kuat  kuasa  Pekeliling  Perkhidmatan  ini akibat  daripada apa-apa pindaan kepada gaji pegawai.

JABATAN YANG MEMBAYAR

15.   Pembayaran  Imbuhan  Tahunan  dan  Bayaran  Khas  Prestasi  adalah  menjadi tanggungan  jabatan  di  mana  pegawai  ditempatkan  pada  bulan  pembayaran  di  mana pegawai bertugas.

16.   Bagi  pesara  Perkhidmatan  Awam  yang  dilantik  semula  secara  contract  of service atau contract for service seperti di perenggan 13, pembayaran akan dibuat oleh jabatan di mana pegawai ditempatkan.

TARIKH KUAT KUASA

17.   Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.
Sila rujuk link di bawah untuk mendapatkan keterangan pengiraan.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...