Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
rencana@hmetro.com.my
Guru dulu tegas dan komited sewaktu menjalankan tugas, namun di sebalik ketegasan itu ada hati yang bersih dan ikhlas mendidik pelajar menjadi anak bangsa berjaya. Disebabkan sikap bertanggungjawab itu, mereka bukan saja dihormati malah mulia kedudukannya dalam kalangan masyarakat. Kini, ketegasan, integriti, profesionalisme, hak bersuara serta taraf guru semakin suram dan merudum di mata masyarakat malah menyedihkan kerana golongan itu mudah diperkotak-katikkan pelajar sendiri. Ini menjadikan hubungan antara guru-pelajar semakin jauh, dingin dan bergolak. Kesannya, semangat guru kian pudar melaksanakan tanggungjawab lebih dedikasi.Disebabkan tidak mendapat sokongan selain bebanan tugasan semakin bertambah, motivasi sebahagian guru mulai luntur dan culas melaksanakan tanggungjawab. Mereka tidak lagi memegang falsafah ingin bertanggungjawab memberi pendidikan, tetapi lebih kepada mengajar semata-mata. Mengajar lebih menjurus kepada kaedah 2M iaitu membabitkan proses penyampaian ilmu pengetahuan dari guru kepada pelajar dan lebih menumpukan kepada pembangunan intelektual atau akademik. Manakala mendidik membentuk sahsiah atau akhlak dan memerlukan tempoh masa panjang untuk membentuk akhlak pelajar yang baik. Persoalannya apakah beza mendidik dan mengajar?
RAKAN-RAKAN GURU SEKALIAN, CUBA BACA ARTIKEL INI LEBIH LANJUT DI BLOG INI
http://farihinzul1974.blogspot.com/
ARTIKEL INI AGAK MENARIK UNTUK DIDISKUSIKAN DI SINI. APA KOMEN ANDA SETELAH MEMBACA ARTIKEL INI, SILA KONGSIKAN BERSAMA
sumber : Post - engkabang.net
Aug 11, 2011
GURU DAHULU DAN GURU SEKARANG TIADA LAGI KASIH SAYANG
Posted by ^# mataKALAM'13 #^ at 9:27 AM
Labels: Guru Dahulu dan Guru Sekarang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment