BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Welcome to My Website

kemestiannya....
aku ikuti kehendaknya...
ku jadi pak turut, menurut kata hati....

menurut langkah-langkah gemalai...
persis tawanan perang....
tak berdaya nak menahan....



Pages

Nov 17, 2013

Kesihatan guru terjejas ekoran SPPBS: Ahmad

KUCHING: Tahap kesihatan beberapa guru terjejas ekoran tekanan melaksanakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

 Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie yang berkata demikian memberitahu pihaknya menerima rungutan kerana bebanan kerja yang bertambah.

 Ia turut mengganggu susulan sistem akses yang sering terjejas menyebabkan ramai guru tidak cukup tidur.

 “Ramai guru merungut impak pelaksanaan SPPBS ini. Tidak kurang ada warga guru yang menyatakan kerisauan mereka tentang kesihatan semakin menurun kesan daripada berusaha untuk melaksanakan PBS ini.

“Kerja dan tugas guru semakin rumit dan rencam,” katanya ketika dihubungi semalam.

Baru-baru ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan pelaksanaan sistem itu.

 Ahmad berkata, KGBS menyokong gesaan itu demi manfaat kira-kira 400,000 orang guru di negara ini.

“Sebelum terlambat, KGBS berharap Kementerian Pendidikan Malaysia tidak teragak-agak untuk memansuhkan sistem ini.

“Kelewatan akan memberi kesan yang besar dalam sistem pendidikan negara kita khususnya murid-murid yang berada dalam kohort SPPBS ini,” ujarnya. 

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/11/17/kesihatan-guru-terjejas-ekoran-sppbs-ahmad/#ixzz2krZadlEH

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...