BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Welcome to My Website

kemestiannya....
aku ikuti kehendaknya...
ku jadi pak turut, menurut kata hati....

menurut langkah-langkah gemalai...
persis tawanan perang....
tak berdaya nak menahan....



Pages

Oct 3, 2013

Soal gaji, kemudahan dan elaun untuk penjawat awam tidak diumumkan bajet 2014

01 OKTOBER 2013
BAGET 2014
BELANJAWAN UNTUK SEMUA - KSN
Bernama

 PUTRAJAYA 1 Okt. - Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Oktober ini akan memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Ia akan menjadi belanjawan yang menyokong pertumbuhan, jadi penjawat awam sebagai rakyat juga akan menikmatinya (faedahnya)," kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.



Ditanya sekiranya soal gaji, kemudahan dan elaun untuk penjawat awam akan turut diumum dalam belanjawan ini, Ali berkata, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji tahunan dua kali buat penjawat awam tahun ini,

Selain menetapkan kenaikan gaji automatik sekurang-kurangnya tiga peratus kepada mereka yang telah mencapai gaji maksimum.

Selain itu, menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian semula 86 elaun dalam pelbagai skim perkhidmatan awam, sebagaimana yang telah diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 Mac lepas.

"Keputusan kajian itu akan diumumkan bulan Disember nanti sebagaimana yang ditetapkan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2013 di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ali berkata, Hari Inovasi diadakan khusus untuk memartabatkan budaya inovasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Beliau berkata, Konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) diwujudkan bagi membolehkan penyampaian perkhidmatan dibuat dengan cepat, tepat dan berintegriti untuk rakyat. 

"Sebagai penjawat awam, kita perlu mempraktikkan enam prinsip MPA yang menjadi sebahagian daripada budaya inovasi kerja iaitu bersikap terbuka dalam menerima maklum balas rakyat, rajin turun padang, bermusyawarah dengan pelanggan, mengukuhkan aspek insaniah, aspek kekitaan di kalangan penjawat awam, dan mewujudkan kerjasama strategik antara pihak awam, swasta dan badan bukan kerajaan," katanya. 

sumber - BERNAMA

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...