BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Welcome to My Website

kemestiannya....
aku ikuti kehendaknya...
ku jadi pak turut, menurut kata hati....

menurut langkah-langkah gemalai...
persis tawanan perang....
tak berdaya nak menahan....



Pages

Sep 22, 2011

Busana perkahwinan Memey jadi pameran muzium

 Busana perkahwinan Memey jadi pameran muzium


20 Sept. 2011 - Selepas menggemparkan ramai dengan pengumuman persiapan majlis perkahwinan yang dikhabarkan mencecah RM12 juta, pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang bakal diijabkabulkan 24 September ini mencipta satu lagi sejarah dalam dunia perkahwinan selebriti tempatan.

Baru-baru ini digemparkan di beberapa laman sesawang hiburan bahawa busana pengantin rekaan pereka tersohor dunia, Vera Wang yang bakal dipakai oleh Memey semasa majlis resepsi bertemakan New York di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur akan dipamerkan di Muzium Negara sejurus selepas majlis tersebut tamat.

Bukan sahaja gaun ciptaan Vera, malah sut persalinan Norman serta kasut pengantin bertatahkan mutiara tajaan Rafflesia turut akan dipamerkan yang disifatkan wajar sebagai tatapan generasi akan datang.

Tentu sahaja perkhabaran ini mengundang keterujaan pasangan bakal mempelai ini kerana ia pertama kali berlaku di Malaysia. Namun tidak kurang juga yang mengecam bukan terhadap gaun tersebut, sebaliknya mempersoalkan keistimewaan si pemakai yang tiba-tiba dijulang tinggi waima pencapaian karier seninya tidaklah segah mana juga belum pernah mengharumkan nama negara seperti mana penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza yang wajar mendapat penghormatan sedemikian. Jika dinilai dan ditimbang tara dari segi populariti dan pencapaian, gaun perkahwinan milik Siti lebih wajar dipamerkan untuk tatapan ramai.

- yahoo news

Sep 21, 2011

Parti baru, KITA sedang bergolak panas

21/09/2011 10:51am

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lepas, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan “tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan” Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.

Tindakan memecat tiga anggota CWC — setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher — dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam satu e-mel kepada Bernama hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.

"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim.

"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti,” katanya. 


credit to Bernama

Kes Bukit Kepong: Mat Sabu mengaku tidak bersalah

21/09/2011 10:56am

BUTTERWORTH 21 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, dekat sini, 21 Ogos lalu. 


credit to Utusan

Sep 2, 2011

Skim Gaji Dan Skim Perkhidmatan Guru

KPM Perlu Kaji Semula Skim Gaji & Skim Perkhidmatan Warga Pendidikan Secara Menyeluruh

Prestasi pelajar diberi keutamaan. Guru perlu menghadapi perubahan masa kini khasnya kehendak KPM dan Ibu bapa agar pelajar mencapai pendidikan berkualiti bertaraf global.

Ekspektasi ini merupakan satu tekanan dan cabaran bagi guru. Namun demikian, guru tetap komited dan berusaha melaksanakan perancangan strategik yang termaktub di dalam Laporan NKRA 1 Malaysia, Rancangan Malaysia Ke-10 dan Wawasan 2020. Guru menjalankan tugas tetapi kebajikan dan laluan kerja pun harus diberi perhatian khas. KPPK/NUTP telah dimaklumkan oleh pihak JPA, bahawa pegawai-pegawai sedang membuat kajian menyemak semula skim gaji dan perkhidmatan penjawat awam secara keseluruhannya.

Guru kerja luar semakin serius, kementerian perlu kaji

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Kementerian Pelajaran perlu melakukan pemantauan yang menyeluruh berhubung fenomena guru membuat kerja ‘luar’ kerana ia boleh mengganggu dasar pendidikan negara.

Sambil menyifatkan fenomena itu semakin serius kebelakangan ini, Pensyarah Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, Kementerian Pelajaran juga perlu menjalankan kajian mengenai perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

‘‘Oleh kerana tiada data yang dapat membuktikan hal ini berlaku, sukar untuk Kementerian Pelajaran mengambil langkah mengatasinya.

‘‘Pihak persatuan guru juga pasti akan menafikannya tetapi cubalah bertanyakan kepada ibu bapa kerana sebahagian besar daripada rungutan mengenai perkara ini datangnya daripada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Anuar, antara kerja luar yang sinonim dengan guru adalah mengajar di kelas tuisyen berbayar, terlibat dengan perniagaan skim piramid (MLM), menjadi ejen insurans serta pelbagai produk seperti pakaian, aksesori perhiasan dan barangan kecantikan.

Katanya, disebabkan komitmen pemikiran, masa dan tenaga lebih terarah kepada kerja luar, ada guru yang mengabaikan tugasan hakiki iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

‘‘Akibatnya guru-guru ini secara fizikalnya akan menjadi letih dan tiada masa untuk membuat persediaan pengajaran.

‘‘Tidak hairan selepas 13 tahun anak-anak kita di sekolah rendah, namun masih belum berkeupayaan untuk menulis walau hanya sebaris ayat bahasa Inggeris dengan lengkap,” katanya.

Apa yang membimbangkan, kata Anuar, disebabkan sistem pendidikan negara tidak membenarkan ulangan kelas, pelajar yang gagal menguasai pelajaran juga akan tetap mengikuti kenaikan kelas.

Ditanya adakah faktor gaji menjadi penyebab utama, Anuar berkata, skim gaji guru ketika ini sebenarnya masih boleh memenuhi semua keperluan hidup dengan baik dan berkualiti.

‘‘Tetapi ada guru yang masih belum berpuas hati bila membandingkan pendapatannya dengan eksekutif di sektor korporat yang berpendapatan berlipat kali ganda.

‘‘Apa yang lebih diperlukan ialah memastikan setiap guru benar-benar memahami tanggungjawab mereka,” katanya.....


Sumber : engkabang.net/Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...