BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Welcome to My Website

kemestiannya....
aku ikuti kehendaknya...
ku jadi pak turut, menurut kata hati....

menurut langkah-langkah gemalai...
persis tawanan perang....
tak berdaya nak menahan....



Pages

Nov 18, 2013

e-Prestasi : PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATANPENDIDIKAN (PBPPP)

Sesi Perkongsian:

* Satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi serta keberhasilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place).

 * Matlamat : Untuk melaksanakan penilaian bersepadu bagi membangunkan kompetensi PPP dalam usaha melahirkan pegawai berprestasi tinggi untuk mendukung aspirasi ke arah negara maju.

 *** PENJAJARAN MASA:
 *(1) Pelaksanaan PBPPP : 13/10/2013 - 15/11/2013
*(2) Pengisian data ke dalam e-Prestasi : 13/10/2013 - 22/11/2013

 ** Pengurusan penilaian adalah secara dalam talian melalui Laman web :
             http://apps.moe.gov.my/smg/10/ 

UPSR 2013 : PROGRAM 3 FEET MENYUMBANG KE ARAH KEJAYAAN

 KALAU LA KEADAAN PERSEKITARAN DAN SEMUA IBU BAPA  SAMA-SAMA BERSATU HATI DAN MENGEMBLENG TENAGA UTK MEMAJU DAN MENINGKATKAN PRESTASI ANAK-ANAK.... INSHA ALLAH IANYA TETAP AKAN BERJAYA DAN TERUS BERJAYA TETAPI KALAU LA KEADAAN SEBALIKNYA....IANYA BELUM TENTU AKAN BERJAYA DAN HANYA 100% MENGHARAPKAN GURU DI SEKOLAH SEDANGKAN DI RUMAH IBU BAPA HANYA LEPAS TANGAN....

TAHNIAH KPD SEKOLAH YG ADA PENINGKATAN....FIKIR-FIKIRKAN LAH....


Sesungguhnya peranan yang padu dan gigih di kalangan pihak Pengurusan, PIBG, para guru dan murid-murid telah membawa kejayaan kepada kebanyakan sekolah di Malaysia.

 * SK Sebako Lundu, telah melaksanakan program ini pada tahun ini. Program Kelas Tambahan 3 Feet telah membuktikan bahawa ia berupaya untuk meningkatkan pencapaian murid-murid.

 * Keputusan UPSR Sk Sebako telah meningkat daripada 50% (2012) kepada 77.77 % (2013).

* GPS telah meningkat daripada 3.18 (2012) kepada 2.11 (2013).



Teruskan usaha utk. meningkatkan pencapaian anak didik cikgu-cikgu....

Nov 17, 2013

Kesihatan guru terjejas ekoran SPPBS: Ahmad

KUCHING: Tahap kesihatan beberapa guru terjejas ekoran tekanan melaksanakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

 Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie yang berkata demikian memberitahu pihaknya menerima rungutan kerana bebanan kerja yang bertambah.

 Ia turut mengganggu susulan sistem akses yang sering terjejas menyebabkan ramai guru tidak cukup tidur.

 “Ramai guru merungut impak pelaksanaan SPPBS ini. Tidak kurang ada warga guru yang menyatakan kerisauan mereka tentang kesihatan semakin menurun kesan daripada berusaha untuk melaksanakan PBS ini.

“Kerja dan tugas guru semakin rumit dan rencam,” katanya ketika dihubungi semalam.

Baru-baru ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan pelaksanaan sistem itu.

 Ahmad berkata, KGBS menyokong gesaan itu demi manfaat kira-kira 400,000 orang guru di negara ini.

“Sebelum terlambat, KGBS berharap Kementerian Pendidikan Malaysia tidak teragak-agak untuk memansuhkan sistem ini.

“Kelewatan akan memberi kesan yang besar dalam sistem pendidikan negara kita khususnya murid-murid yang berada dalam kohort SPPBS ini,” ujarnya. 

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/11/17/kesihatan-guru-terjejas-ekoran-sppbs-ahmad/#ixzz2krZadlEH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...